Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Mereka membenci antara satu sama lain dan mempunyai kekasih.Jangan lupa saksikan Vanilla Coklat jam 9 malam hanya di tv 3!!Sama-sama kite tengok best ke tak citter ni..Tapi kalau korang perasan la kan,sekarang ni banyak drama yang berkisahkan konflik lepas kawin contoh Ombak Rindu.Kawin macam kawin kontrak la kononnya,mula-mula tak suke lama-lama jatuh cinta..hehehe layan....
Pun begitu, Aamir sering mengusik Zara kerana Zara pelajar cemerlang dan contoh di kolej. Tetapi Zara tidak menyukai Aamir kerana baginya, Aamir kaki perempuan.
Sementara itu, rakan sekelas Zara, Liana sentiasa berdampingan dengan Aamir supaya dilihat sedang bercinta dengan lelaki pujaannya itu. Demi mendapatkan Aamir, Liana berpura-pura menjadi wanita lemah lembut dengan harapan dapat berkahwin dengan anak orang kaya seperti Aamir.
Lain pula dengan Zara yang mempunyai kekasih hati sejak zaman sekolah menengah lagi iaitu Kamal. Namun, percintaan mereka dihalang kedua orang tuanya. Sama seperti ibu dan bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila tidak menggemari sikap Liana yang tidak menghormati orang tua.
Suatu hari, Dr Ungku Musa ayah kepada Zara dan Datuk Ahmad merancang menyatukan Zara dan Aamir walau pun kedua-duanya tidak bersetuju. Pelbagai usaha dilakukan supaya perkahwinan dirancang berjalan dengan lancar. Bahkan Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung sehinggalah kedua-duanya bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara memberi syarat yang harus dipatuhi Aamir. Menyedari situasi ini, Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang percutian bulan madu bagi anak mereka. Mereka tidak membantah, namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi. Bagaimana pun, kemesraan masih tidak terbit dalam diri mereka.
Hari berlalu, Zara dan Aamir meneruskan pengajian seperti biasa. Kamal pula terus menghasut Zara supaya membenci Aamir sehinga menimbulkan pergaduhan besar antara mereka. Zara bertindak menghalau Aamir dari rumah kerana termakan hasutan Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia terlihat Aamir yang pengsan kerana menahan lapar gara-gara berjanji mahu makan bersama Zara.
Sejak detik itu, Zara dihantui rasa bersalah dan mula berubah sikap. Dia menunaikan kewajipan sebagai isteri. Bahkan sewaktu cuti semester, mereka ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama. Perubahan mereka disambut gembira oleh keluarga. Majlis kesyukuran diadakan untuk meraikan berita gembira itu. Kamal dan Liana yang diundang ke majlis berkenaan telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Seperti dirancang, Aamir akhirnya berjaya dikenakan Kamal dan Liana. Dr Ungku Musa mengamuk dan menyangka Aamir membuat onar bersama Liana. Aamir dipukul Dr Ungku Musa walaupun Datuk Ahmad cuba menenangkannya. Sejak itu, hubungan keluarga mereka mulai renggang.
Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia tahu siapa Liana sebenarnya. Adakah Zara dan Aamir berjaya disatukan dan berjaya memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Kerana Cinta Wujudnya Aku
- Affordable [Apple MFI Certified] Akiko Cable Black 2M (6.3FT SIX FEET) w/ Aluminum Head Lightning 8-Pin to USB Charger and...
- Consider Plugable Active Mini DisplayPort to HDMI Adapter (Supports displays up to 4k / UHD / 3840x2160@30Hz)
- Popular Ableconn VGA2HDUAA Portable VGA to HDMI Converter 1080p with USB Audio & Power (Gold Plated) - VGA + Audio to...
- New: 250ft Cat6 Outdoor Waterproof Ethernet Cable Direct Burial 250 ft (600 MHZ) Shielded (PURE COPPER)
- Learn more StarTech.com USB 3.0 to VGA 1080p 1-Port Hub External Video Card Multi-Monitor Graphics Adapter (USB32VGAEH)
Tuesday, 20 December 2011
Sinopsis Slot Lestary Vanilla Coklat TV3
Drama Vanilla Coklat adalah drama yang menggantikan Cinta Elyssa yang berkesudahan Happy Ending:)..Drama Vanilla Coklat dibintangi oleh barisan pelakon seperti Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah..Sinopsis Vanilla Coklat adalah seperti dibawah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lirik Lagu
Error loading feed.
No comments:
Post a Comment