Kerana Cinta Wujudnya Aku

Wednesday 11 January 2012

Harga Ipad Semahal Buah Pinggang?


Camni rupanya buah pinggang kite yer?Salm baru jer belajar semalam,hari ni dah dapat tengok real punya walaupun hanya dalam gambar.Untungnya Allah bagi kita anggota sesempurna ini untuk keluarkan bahan kumuh dari badan.Tapi sayang tak semua orang tahu bersyukur.

Hari ni Salm terbaca satu artikel dalam sebuah blog yang mana seorang budak remaja sanggup jual buah pinggang hanya untuk kepuasan memiliki satu gadget canggih!!!


Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000.
Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.
"Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang" kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, "semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang". Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.
Pemerdagangan organ secara online adalah lumrah di China walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan tersebut.
Menurut statistik, terdapat lebih daripada sejuta rakyat di China yang memerlukan pemindahan organ setiap tahun tetapi hanya sekitar 10,000 sahaja yang menerima penderma organ. Hal ini membawa kepada pemerdagangan organ secara berleluasa di China.


Mcam-macam yang berlaku di negara asing.Sekurang-kurangnya aku yang bernama Salm ini  mampu bersyukur dilahirkan di negara yang aman ini.Amin..

No comments:

Post a Comment

Lirik Lagu