Kerana Cinta Wujudnya Aku

Tuesday 17 January 2012

Tahun Baru Cina,Mereka dapat Raya,Aku Dapat Balik



First,terima kasih sebab adenya tahun baru Cina :)That` why aku dapat balik Khamis ni.Walaupun cuti cume 6 hari,tapi dapat la merasa suasana kampungku yang satu itu..Well kalau dah cakap pasal tahun baru Cina,jom baca sikit untuk tambah ilmu yang sedia ade tu :)

camne Tahun Baru Cina tu?

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.



Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Teringin nak bace lagi tak?Haaa korang bace la kat sini ye :)

yeay!!!Sukenye hati dapat balik(*_*)

No comments:

Post a Comment

Lirik Lagu