Kerana Cinta Wujudnya Aku

Saturday 18 February 2012

(Gambar)Misha Omar Dan Bakal Suami

Tu dia si manis Misha Omar akhirnya akan berkahwin dengan seorang pilot!Mengikut sumber,Misha akan bertunang dalam masa terdekat manakala berkahwin sekitar hujung tahun ini.


Hmmm nampaknya bakal suami Misha pun bukan calang-calang orang you!Pilot tuuhh :)Nama bakal suami Misha ni adalah Firos Ezzwan Rossly,30 dan merupakan seorang juruterbang di Syarikat Malaysia
 Berhad (Mas).




                                                    


Kata Misha :

“Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan. Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan,” 

Petikan Berita :

Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.
Komen Firos pula tentang Misha, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.
Kini saat sedang menghitung hari menjadi pasangan bertunang dan seterusnya menjalani fasa kehidupan sebagai suami isteri, pasangan tersebut sepakat untuk menjalani realiti berumahtangga secara sederhana.
“Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya," kata Misha.
Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.
Selain Angin Syurga, Misha juga merancang untuk mempunyai beberapa single lagi. “Saya juga akan terus dengan genre balada selain cuba mengembalikan irama balada padang pasir seperti lagu duet dengan Andy Flop Poppy, Sembunyi,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk tayangan Aidilfitri nanti, Bonus Hari Raya.
Dalam masa yang sama, Misha kini baru dilantik menjadi duta produk kecantikan Shisheido untuk keluaran White Lucent (Skin Care). 

Tahniah diucapkan..Tak sabar yer nak tengok anak Kelantan kite ni kahwin nanti :)

No comments:

Post a Comment

Lirik Lagu