Kerana Cinta Wujudnya Aku

Monday 6 February 2012

Betol Ke Telur Boleh Sebabkan Penyakit Jantung?




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Whoottss memandangkan kat dining aku ni selalu jer bagi kiteorang makan telur selang sari,jadi nak jugak aku tahu ape baik buruknye makan telur ni.Yela sebab ade la mulut2 yang cakap telur ni boleh sebabkan mandul la itu la ini la..Sedikit info hasil dari carian kat tenet ni:


KEBELAKANGAN ini, pengguna atau penggemar sering terkeliru dan serba salah untuk meneruskan amalan memakan telur kerana wujud percanggahan kajian mengenai kesan telur terhadap kesihatan.
Kajian terbaru melaporkan walaupun telur menggalakkan apa yang dikenali sebagai kolesterol baik HDL, namun ia dapat meningkatkan kolesterol menyeluruh.
Kata pengkaji, pada dasarnya pengguna wajar mengehadkan pengambilan telur untuk mengurangkan bahaya penyakit jantung.
“Nasihat untuk mengehadkan pengambilan kolesterol dengan mengurangkan memakan telur dan makanan lain yang kaya kolesterol masih boleh diterima pakai,” kata sekumpulan pengkaji diketuai Rianne M Weegemans dari Wageningen University, Belanda yang diterbitkan, baru-baru ini.
Tujuh belas kajian perubatan membabitkan 556 individu mendapati tambahan 100 miligram (mg) kolesterol kepada pemakanan setiap hari yang menyamai separuh telur boleh meningkatkan nisbah kolesterol menyeluruh kepada kolesterol HDL di dalam darah.
Pengkaji terbabit menggunakan nisbah itu untuk membuktikan setiap kesan baik yang ditemui bagi kolesterol HDL.
Mereka membuktikan, disebabkan kolesterol tambahan itu, memakan lebih daripada sebiji telur setiap hari akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung pada kadar kira-kira dua peratus, yang disifatkan sebagai paras yang tinggi.
Kolesterol yang ditemui dalam makanan berasaskan haiwan seperti daging dan produk tenusu dibuktikan sebagai punca peningkatan kolesterol menyeluruh dan kolesterol tidak baik LDL, yang menyumbang kepada bahaya penyakit jantung.
Namun, sesetengah kajian menunjukkan telur secara khusus tidak memberi kesan risiko kepada seseorang kerana ia juga menggalakkan paras darah HDL, yang melindungi mereka daripada penyakit jantung.
Tambahan pula, telur mengandungi jumlah kecil nutrien lain yang mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung seperti vitamin E, folet, vitamin B dan asid lemak tak tepu.
Namun, pengkaji terbabit merumuskan bukti keseluruhan kajian menunjukkan penggunaan telur tanpa had perlu dielakkan.
“Dari satu segi, walaupun telur menyumbang terhadap pengambilan nutrien kepada tubuh seseorang, namun saranan agar pengambilannya dihadkan masih lagi boleh dipatuhi demi pencegahan penyakit koronari jantung,” kata Weggemans.

Jadi macam mana ni?Korang rase camner?Kalau tak bedal telur untuk breakfast,alamaknya kebulur la aku lam kelas dan kebiasaanya tido dalam kelas tu 1 kemestian..hahahaha

Ok makan telur tu  boleh tapi cube hadkan..itu yang aku cuba amalkan nanti..korang pom same taw:)

No comments:

Post a Comment

Lirik Lagu