Kerana Cinta Wujudnya Aku

Friday 3 February 2012

Kenapa Tuhan Putuskan Cinta Saya?

Kenapa Tuhan Buat Saya Patah Hati Sedangkan Saya Bahagia Bersama Dia!???


Tuhan berikan  rasa bila putus cinta sebab DIA nak kita buat pilihan hati yang tepat bila kita berumah tangga kelak.Kan bagus kalau korang tahu perangai si dia sebelum berkahwin.Baiknya Allah sebab selamatkan kita dari masalah yang lebih besar.Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang tapi renung sejenak dan tanya hati korang, Adakah korang akan bahagia seandainya bila berkahwin nanti lelaki atau wanita yang korang pilih tu indah khabar dari rupa..

Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?


Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.


Tentu saja kita akan sedih,amat sedih bila bercerai. Tetapi,apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t






SELALUNYA KITE DGR KOMEN YANG BEBRBUNYI "Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya..ADAKAH BETOL MACAM TU?

Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu..kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat..Semua perkara dah tahu.Mana pengajaran dan cabarannya?


“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik,apa yang kita boleh belajar?Kalau tiada putus cinta,mana cabarannya hidup kite?

Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.

Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
  • “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” - Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
Si isteri juga kehairanan
  • “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

Dan ingat la,Allah tidak akan membebani seorang hambanya melainkan cabaran yang mampu seseorang itu lalui..








No comments:

Post a Comment

Lirik Lagu